Pengarah institut berkenaan, Prof. Madya Dr. Noor Zalina Mahmood berkata, pertandingan kali kelima diadakan itu mendapat sambutan yang baik daripada mahasiswa pelbagai kaum.

“Para peserta terdiri dari mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, dan Universiti Sains Malaysia.

“Pertandingan ini secara langsung telah membantu menjayakan misi penubuhan Institut Kong Zi, selain melestari bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, terutamanya dalam kalangan penutur bukan Cina,” katanya.