Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya (UM) merangkap penyelaras program, Dr. Fathiah Mohamed Zuki, program anjuran Yayasan Alam Sekitar AEON Jepun dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) itu disertai oleh pelajar dari China, Thailand, Jepun, Vietnam, Korea, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia.

“Selain membersihkan sekitar kawasan pantai, para peserta turut menyatuni masyarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey dan melakukan pelbagai aktiviti lain,” katanya.