Timbalan Pengerusi Kelab Imarah Eco-Friends, Nur Iffah Sofea Zulkifli berkata, tujuan penganjuran program itu adalah untuk menyuntik kesedaran kepada warga kampus UM terhadap penjagaan alam sekitar.

“Program ini juga cuba memperkasa kesedaran mengenai pengimarahan surau atau masjid yang bukan semata-mata dalam aspek ibadat, malah turut meliputi aspek amalan lestari,” katanya.