Motosikal itu diserahkan oleh Pengerusi Mahar, Jismi Johari kepada Eshah Mat, 77, dan anaknya, Sulaiman Yassin, 53, yang menetap di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

Kenderaan itu akan digunakan dua beranak tersebut untuk menjaja buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu dan pasar malam di sekitar Gua Musang.