Pada majlis itu, Muhammad Ahmad Arifuddin Ismail dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber, Nur Qaseh Dalila Ahmad Husaini (Timbalan Pengawas Pusat Sumber), Muhammad Daniel Putra Basri dilantik sebagai Ketua Pelajar dan Alya Qistina Syamsukhairi (Timbalan Ketua Pelajar).

Pihak pengurusan madrasah juga berharap semoga pelajar yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, amanah dan penuh dedikasi, serta menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain dari segi sahsiah, akademik mahupun Al Quran.