Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, tarikan tersebut menggabungkan konsep alam semula jadi yang menjanjikan kelainan terbaharu di taman tema tersebut.

“Pengunjung akan menikmati keindahan alam semula jadi yang berwarna-warni pada waktu malam di Luminous Forest.

“Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik sebagai salah satu penghargaan LWOT kepada pengunjung malam di taman tema kami,” katanya.