Menurut Pengurus Pasukan Kelab Hoki Ex Hamzah, Marzukie Mat Yusoff, majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan bekas pemain dan jurulatih.

“Kami mewakili SMK Hamzah dalam Kejohanan Hoki Juara Sekolah-Sekolah Malaysia dan Liga Hoki Divisyen Satu Selangor sejak tahun 1982 hingga kini,” katanya.

Pada majlis itu juga, pasukan Kelab Hoki Ex Hamzah telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan hoki bekas pemain Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan yang berkesudahan seri 2-2.