Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Dr. Yasid Abd. Manaf berkata, tujuan utama lawatan itu untuk berkunjung ke Universiti Western Australia.

“Pengantarabangsaan akan memberikan pengalaman yang berharga kepada para peserta.

“Ia juga akan menjadikan mereka lebih matang dan cemerlang di samping melahirkan semangat berpasukan serta mengeratkan tali persaudaraan sesama mereka,” kata Yasid selaku ketua rombongan.