Penolong Pendaftar Kolej Siswa UMT, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman berkata, program selama empat hari itu melibatkan perwakilan Majlis Kolej Siswa dan Majlis Pelajar Luar Kampus universiti tersebut.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah majlis bertukar pandangan dan idea dengan tenaga pengajar dan pelajar Fakulti Perikanan dan Marin Universitas Airlangga tentang senario dan teknologi terkini industri marin nusantara,” katanya.