Penyelaras Program Sains Pengurusan Alam Sekitar UM, Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes berkata, lawatan itu bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar kursus Teknologi Boleh Diperbaharui dalam memberi nilai tambah kepada apa yang telah dipelajari di dalam kuliah.

“Lawatan ini juga memberi peluang kepada para pelajar melihat sendiri bekas tapak pelupusan sampah yang telah ditukarkan kepada tenaga suria dan biogas untuk menyokong penggunaan tenaga bagi lebih kurang 17 ribu buah rumah disekitarnya,” katanya