Kejohanan yang diadakan di Padang Bandaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lenggong, SK Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala, SK Mahkota Sari, SK Batu 4, SK Plang, SK Kampung Lalang, SK Pahit dan SK Kuak Luar.

SK Batu 4 beraksi cemerlang untuk membawa pulang gelaran juara bagi Kategori Cup selepas menewaskan SK Lenggong pada perlawanan akhir.

Kejohanan itu bukan sahaja berpeluang melahirkan pelapis ragbi untuk mewakili negara tetapi ia menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.