Kursus yang telah dijalankan selama empat siri ini adalah dengan kerjasama Masjid Negara dalam memastikan kelancaran program dan perkongsian ilmu dapat diterapkan kepada peserta.

Melalui program seperti ini, peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dapat mengetahui dan mempelajari langkah-langkah dan cara untuk menguruskan jenazah dengan betul.