Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Masjid Kariah Tuan Samad Permatang Buluh Sungai Dua dan Pejabat Agama Daerah SPU Butterworth.

Pengerusi kursus, Mohamad Ibrahim Zainuddin berkata, tujuan penganjuran program tersebut adalah bagi mencungkil bakat-bakat azan baharu dalam kalangan peserta.