Program sumbangan untuk pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam diadakan di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Sumbangan yang diterima pelajar termasuk beg, alat tulis dan baucar yang boleh ditukar dengan peralatan atau pakaian seragam sekolah di pasaraya yang terpilih.

Program itu mendapat kerjasama daripada kelab alumni bekas-bekas pelajar sekolah atau 4U67 Forever di daerah Pekan, Pahang yang lahir pada tahun 1967 yang bertindak sebagai penyelaras program tersebut.