Penganjur program, Azmi Md. Dan berkata, aktiviti tersebut diadakan untuk menerapkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan amalan menjaga kebersihan.

“Di samping itu, kami juga ingin mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat khususnya di Kampung Perik.

“Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik untuk pengunjung seperti senamrobik, cabutan bertuah serta jamuan makan tengah hari,” katanya.