Program itu diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 tahun selain menyampaikan mesej kemerdekaan kepada masyarakat di negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Pengarah Program, Ahmad Falahi Ahmad Suhaimi berkata, ekspedisi berbasikal itu bermula di Kampung Bukit Yong, Jerteh, Terengganu.

“Selepas itu peserta akan ke Jeli, Kelantan sebelum merentasi Tasik Banding, Simpang Pulai dan Pengkalan Hulu di Perak.

“Kayuhan akan berakhir di Perlis dan jarak keseluruhan dianggarkan sejauh kira-kira 400 kilometer,” katanya.