Pengarahnya, Maisarah Omar berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat tahunan pihaknya.

“Kami sentiasa meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan pelbagai komuniti masyarakat,” katanya.

Turut hadir Pengarah Perubatan KPJ Kajang, Dr. Balakrishnan Subramaniam; Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Kajang, Puan Rafidah Ahmad dan Pengerusi Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Shaizul Karnon Nasir.