Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Perak, Wan Shariffudin Ariffin.

Menurut Pengerusi Koopaf, Mohd. Asri Mat Amin, penubuhan koperasi ini membuka peluang untuk anak-anak generasi Felda di Sungai Behrang menceburi aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan ekonomi mereka.