Penyelaras konvoi, Kamaruzzaman Naseah berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mengerat silaturahim dan menerapkan semangat kerja berpasukan antara pegawai Unit Peperiksaan di JPN Selangor serta pegawai bertugas di PPD.

“Kami singgah beraya di empat buah rumah rakan setugas di sekitar Kuala Selangor dan Tanjong Karang termasuk beraya di rumah Ketua Sektor Unit Peperiksaan JPN Selangor, Yaakob Mat Sahri di Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang,” katanya.