Pada program itu, mereka mengayuh basikal secara berkonvoi dengan diiringi 15 motosikal yang ditunggangi guru dan ibu bapa mengelilingi Kampung Tebuk Pulai sejauh sembilan kilometer.

Program itu dianjurkan Unit Kokurikulum SK Tun Doktor Ismail dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Norazizah Othman berkata, konvoi itu bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air dalam kalangan warga sekolah.

Katanya, program tersebut juga adalah bagi mendidik murid terlibat untuk meneladani warga emas, rakan asnaf dan anak yatim yang kurang bernasib 
baik selain mengukuhkan kerjasama 
dengan ibu bapa serta komuniti setempat.