PARA penaja bergambar bersama kontinjen Taekwon-Do ITF Kelantan sempena temasya Taekwon-Do ITF Asia Pasific Championship 2019 di Shah Alam baru-baru ini.

Penaja utama kontinjen Taekwon-Do ITF Kelantan, Nik Azhan Mat Tahir dari syarikat kontraktor, AT PRO Homes berkata, pihaknya bersama beberapa lagi penaja lain berbesar hati untuk memberikan sumbangan agar sukan Taekwon-Do ITF di Kelantan lebih berkembang.

“Hasilnya 37 peserta bersama lapan jurulatih berjaya meraih lapan pingat iaitu dua pingat emas dan enam gangsa dalam kejohanan kali pertama dianjurkan itu,” katanya.