Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Roshdan Sujak Rafie berkata, pasukan mereka memenangi dua acara utama sekali gus dinobatkan sebagai johan bagi dua kategori iaitu futsal dan bola jaring.

“Sukpes merupakan acara tahunan dan ia merupakan kali kedua dianjurkan. Antara acara yang dipertandingkan kali ini termasuk futsal, bola jaring, badminton dan boling,” katanya.

Lebih 300 orang peserta telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan.