Kontinjen MRSM TAR turut berbangga apabila salah seorang atlet berbakatnya, Muhammad Aqil Hadif Zahari diumumkan sebagai Olahragawan Kejora Zon Timur 2018.

Turut hadir memberi sokongan padu kepada mereka ialah Pengetua MRSM TAR, Nik Jasmi Nik Yaacob dan Timbalan Penolong Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM TAR, Shaiful Hasmie Mohamed.

Selain MRSM TAR, kejohanan tersebut turut disertai 12 buah MRSM yang lain.