Program komuniti itu mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta Tenaga Nasional Berhad.

Setiausaha MPKK, Ahmad Yazid Shaharum berkata, gotong-royong itu bukan semata-mata untuk menebang pokok yang membahayakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya, tetapi juga bagi merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga masyarakat setempat dan warga jabatan yang terlibat.