Penyelaras program, Suhaimi Zaini berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim semua ahli yang sebelum ini hanya berkomunikasi melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp sahaja.

Katanya, antara aktiviti yang dilakukan termasuk membuat kuih tradisional yang dikenali sebagai wadai kipeng yang popular dalam kalangan masyarakat Banjar.

“Selain itu, demonstrasi bapukong iaitu cara masyarakat Banjar menidurkan bayi dan acara sukaneka,” katanya.

AHLI keluarga Md. Din Bachik dari Singapura, Brunei dan Malaysia merakam gambar kenangan pada majlis pertemuan keluarga yang diadakan di Homestay Laman Cikgu Bedah, Sungai Rambai, Melaka baru-baru ini.