Wakil projek, Mohd. Zaifullah Mustapha berkata, mereka terpanggil untuk membantu bapa kepada lima anak berusia antara tujuh hingga 17 tahun itu atas dasar tanggungjawab selain mahu membantu keluarga itu menjalani kehidupan lebih baik.

“Dia hanya melakukan kerja kampung seperti menoreh getah dan bertukang. Kami akan melengkapkan rumah mereka dengan bekalan air dan elektrik bagi membolehkan anak-anaknya mengulang kaji pelajaran dengan lebih selesa,” katanya.

Projek itu dijangka siap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan. Pihak yang mahu membantu boleh hubungi 010-540 0911.