Kempen bantuan yang dilancarkan sejak Oktober lalu berjaya direalisasikan bagi fasa pertama bermula 18 Disember hingga 26 Disember 2017 hasil sumbangan orang ramai dan Pusat Zakat Pulau Pinang.

Dana tersebut digunakan bagi menyediakan set kelengkapan kit musim sejuk, bahan bakar, makanan, susu bayi dan bantuan kepada pusat pembangunan pendidikan anak anak pelarian Syria.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria untuk fasa kedua pada Januari 2018 boleh berbuat demikian melalui laman web www.billplz.com/fafau4syria.