Seorang ahli keluarga, Azhari Abdul Jalil berkata, walaupun terdapat sesetengah keluarga yang berlainan agama namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk meraikan sambutan itu.

“Terdapat sesetengah ahli keluarga telah memeluk agama Islam setelah berkahwin campur.

“Namun begitu, ia bukan penghalang buat kami untuk bersama-sama meraikan Tahun Baru Cina ini bersama,” ujarnya.