Majlis itu diserikan dengan kehadiran 50 tetamu jemputan terdiri daripada pelajar tahfiz, jemaah Masjid Taman Tun Saadon dan anak-anak yatim dari Sungai Petani, Kedah.

Selain dijamu dengan pelbagai hidangan, tetamu juga dihiburkan dengan lagu-lagu hari raya persembahan daripada band jemputan, Kapok Busker.

Presiden kelab itu, Anuar Abu Kassim berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim sesama peserta dan keluarga ahli kelab permotoran itu sekali gus berpeluang meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.