Penasihat Kelab KRK, Dr. Suriya Abu Kassim berkata, antara objektif program adalah untuk mendedahkan pelajar tentang ilmu perubatan daripada tumbuhan semulajadi serta meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik.

“Pemilihan lokasi ini kerana keunikan sejarah flora dan fauna yang masih terpelihara dan para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan hutan seperti pokok akar dawai, pokok akar kuda dan pokok tongkat ali hitam oleh wakil Kumpulan Melaka Berhad selaku pengiring.

“Aktiviti seumpama ini amat berguna kerana di samping berpeluang mendaki dan meredah gua, pelajar dapat mengenali dan mempelajari kebaikan serta kegunaan tumbuhan-tumbuhan hutan.” katanya lagi.