Presiden LGTC, Mohd. Hairul Nizam berkata, ahli kelab berkenaan turut mengedarkan sumbangan buku dan alat tulis kepada anak-anak gelandangan tersebut.

Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan beban golongan tersebut dan memberikan peluang kepada ahli kelab LGTC untuk melakukan aktiviti amal.

“Program ini dapat menerapkan sifat kasih sayang serta menyuburkan rasa tanggungjawab dalam membantu golongan tidak berkemampuan,” katanya.