Penasihat Kelab Debat USIM, Mohd. Zaini Othman berkata, mereka antara lain melawat dan membantu komuniti Islam di beberapa daerah iaitu di Pasyala, Mawanella, Nuwara Eliya dan Pinnawala dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan Islam di sana, Muslim Foundation For Culture and Developement.

“Peserta juga dibawa melawat beberapa institusi pendidikan di Sri Lanka seperti di Kal Eliya Muslim Ladies Arabic College, Aysha Siddeqa Arabic College, Persatuan Siswa Muslim Peradeniya University dan Madrasah Hira Pre School,” katanya.