Kejohanan anjuran Persatuan Penduduk Taman Warisan Putra dengan kerjasama Taman Jenderam Permai, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Jenderam, Taman Desa Kayangan dan Jenderam Hilir Badminton Club (JHBC) itu berlangsung di Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir.

Ahli Majlis JPP Zon Jenderam, Mohd. Syahrul Amri Mat Sari berkata, kejohanan tersebut dianjurkan bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk di samping mengamalkan kehidupan sihat.

Pada kejohanan itu, pasukan JHBC dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan pasukan Taman Warisan Putra.