Pengarah program, Hasni Hasan berkata, aktiviti itu bertujuan untuk membentuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Para peserta berbasikal sejauh 37 kilometer pergi dan balik dari Semenyih menuju ke Masjid Kariah Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas turut diberikan kepada 50 orang asnaf yang terpilih di Kariah Lenggeng.

“Kerjasama yang diberikan pihak Kariah Masjid Lenggeng amat baik dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.