Ia melibatkan empat perkampungan Orang Asli iaitu di Pos Belatim, Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Gob.

Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Selangor, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, program itu melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, kerja-kerja termasuk mengecat batu tanda bagi memudahkan penglihatan juruterbang.