Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, program itu melibatkan kakitangan Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pekerja syarikat swasta dan kakitangan Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani yang diketuai oleh Pakar Transfusi HSAH, Dr. Azlina Khamis kerana memberi kerjasama bagi menjayakan program itu.