Aktiviti kemasyarakatan ini dikelolakan oleh pelajar Semester Tiga Diploma Pengurusan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkenaan merasai keseronokan dengan melawat tempat-tempat menarik antaranya Muzium Mainan.

Majlis penutup program itu disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Melaka, Ahmad Khairuman Md. Hasim.