Program lawatan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rumah kebajikan yang menempatkan kanak-kanak berusia empat hingga 18 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Robin Tan, pihaknya menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan rumah kebajikan itu untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pada kunjungan tersebut, kesemua kanak-kanak menerima sumbangan wang tunai serta dijamu makan tengah hari.