Pegawai JPNIN Kemaman, Fikri Emir Zulkifli berkata, program itu disertai 50 anggota Skuad Uniti Kelab Rukun Tetangga sekitar daerah tersebut serta 50 pelajar Institut Pendidikan dan Latihan Ranaco (Reti).

“Mereka menerima latihan penyelamatan di dalam air, teknik bantuan pernafasan dan mengenal pasti kecederaan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir dan kegunaan masa kecemasan,” katanya.