Sebanyak 20 motosikal berkuasa tinggi dan 10 kenderaan pacuan empat roda sertai Konvoi Merdeka ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Selangor, Sazali Baharudin berkata, Konvoi Merdeka JPN Selangor yang menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer diketuai Penyelia Unit Ehwal Murid (HEM) JPN Selangor, Rosli Kabil.

“Kemudiannya, dia menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Marpuaton Sastero sebagai simbolik pelancaran menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk semua PPD dan sekolah seluruh Selangor.

“Konvoi akan kembali semula ke JPN Selangor pada 17 September ini sempena Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat JPN Selangor 2019,” katanya.