Kejohanan anjuran Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu disertai 72 pasukan melibatkan kira-kira 500 pemain.

Menurut Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi, program tersebut mendapat sambutan hangat kerana ia dianggap unik apabila hanya mempertandingkan acara sepakan penalti.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 dan piala bagi juara manakala naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala manakala tempat ketiga (RM300).