Menurut Penyelaras Program, Rusly Ismail, pertemuan pertama kali ini diadakan untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan jemaah haji yang kebetulan dalam khemah yang sama di Arafah dan Mina.

Katanya, antara aturcara majlis adalah bertukar cenderahati serta solat berjemaah.

Majlis yang diadakan bertepatan dengan sambutan Maal Hijrah, 1 Muharam 1441 Hijrah dan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-62 negara turut meraikan hari lahir sahabat jemaah, Leman Kadir dan Razilah Abdullah.