Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, acara tersebut telah disertai lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, belia serta artis profesional yang terlibat dalam industri komik negara.

“Penganjuran acara ini diharap dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar melalui medium yang digemari ramai iaitu komik.

“Pada masa sama, JAS juga mahu menghargai bakat mereka yang mahir melukis komik sekali gus mengangkat kreativiti mereka pada tahap yang sepatutnya,” katanya.