Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, motosikal URB jenis Kawasaki 250 baharu tersebut ditempatkan di beberapa balai polis bagi tujuan rondaan di kawasan tumpuan di daerah ini serta taman perumahan.

"Penambahan lapan motosikal baharu tersebut menjadikan motosikal URB untuk IPD Klang Selatan berjumlah 25 buah," katanya pada majlis penyerahan motosikal URB baharu di IPD Klang Selatan baru-baru ini.