Program anjuran syarikat hartanah, IJM Land Berhad itu bertujuan membantu golongan tersebut dalam menghadapi musim perayaan.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land Berhad, Datuk Hoo Kim See, program tahunan itu merupakan platform terbaik pihaknya untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan kurang berkemampuan.

“Bantuan ini secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka selain mendidik masyarakat kepentingan untuk meningkatkan taraf hidup,” jelasnya.