Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Negeri Kedah, R. Summugam berkata, beliau berasa gembira kerana dapat menyampaikan sumbangan itu.

Seorang wanita, Nurul Natasya Mansor, 23, dari Sungai Lalang turut melahirkan perasaan gembira kerana menerima sumbangan itu selepas melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.57 kilogram kira-kira pukul 3.45 pagi di HSAH Sungai Petani pada 1 Januari lalu.