Pada majlis itu Pengurus hotel berkenaan, Mohd. Ghazali Sayed Ibrahim menyampaikan sumbangan duit raya khas sebelum berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak yatim tersebut dan tetamu jemputan. 

Pada majlis itu juga, anak-anak yatim dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah masakan antaranya kambing panggang, shawarma, nasi arab maqlubah serta lebih 100 menu lain yang disediakan sempena Ramadan.