Karnival anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia itu menyaksikan wakil Hospital Kuala Lumpur (HKL) dinobatkan sebagai juara manakala tempat kedua disandang oleh wakil Agensi Nuklear Malaysia.

Pengarah teknikal acara boling, Malyagus Tagi berkata, karnival itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan skim keselamatan kerajaan.

“Kejohanan itu merupakan sebahagian daripada sukan yang dipertandingkan sebelum ini seperti futsal, badminton dan sepak takraw.” katanya.