Hias kelas dengan Jalur Gemilang sambut merdeka
01 September 2018 3:00 AM
SEMANGAT. Seramai 21 orang murid Tahun 5 Ibnu Sina Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor mengambil inisiatif menghias kelas mereka dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan baru-baru.
Menurut guru kelas, Ustazah Anis Asiah Fadziallah, mereka menggunakan Jalur Gemilang yang dihadiahkan oleh ibu bapa murid-murid untuk menghias kelas.
“Aktiviti ini bertujuan meningkatkan semangat jati diri dan cintakan negara dalam kalangan murid-murid,” katanya.