Menurut Pembantu Masyarakat Kemas, Noor Hayati Surif yang juga tenaga pengajar Tabika Kemas Kampung Sungai Ramal Dalam, program selama dua hari itu bertujuan memupuk semangat kekeluargaan antara peserta.

“Hari keluarga ini merupakan program terakhir Tabika Kemas kami bagi tahun 2017 sempena cuti sekolah.

“Ia diadakan secara santai untuk menghargai segala sumbangan ahli jawatankuasa, ibu bapa dan murid-murid selama setahun perjalanan tabika,” katanya.

Sepanjang dua hari itu, pelbagai acara diadakan termasuk penyampaian sijil tamat Tabika Kemas sesi 2017, hadiah kecemerlangan murid, makan besar, barbeku dan acara sukan.